Minta Rasuah – 3 Pegawai Penguasa Kastam Ditahan

Penguasa Kastam

Tiga lelaki termasuk dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit rasuah.

Dua pegawai penguasa kastam berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar Kuala Perlis semalam, susulan tindakan mereka yang didakwa meminta wang suapan daripada seorang pemilik bot yang melakukan kesalahan memiliki lebihan diesel berbanding had lesen dibenarkan.

Suspek ketiga yang juga berusia lingkungan 40-an itu ditahan hari ini, selepas disyaki bersubahat dengan dua pegawai penguasa berkenaan bagi mendapatkan rasuah.

Pengarah SPRM Kedah, Yaacop Angah, mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Berdasarkan siasatan, katanya, dua pegawai penguasa kastam terbabit dikatakan menahan lesen bot yang dikesan melakukan kesalahan terbabit pada Sabtu lalu dan meminta RM4,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kepada pemilik bot.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek dipercayai hanya menerima RM3,000 daripada pemilik bot berkenaan, sebelum menyerahkan semula lesen yang ditahan.

“Ketika ini, dua pegawai terbabit direman empat hari bermula hari ini untuk tindakan lanjut dan SPRM akan melengkapkan siasatan sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Lebih 50000 Jawatan Kosong Di Johor Bahru

Kepesatan ekonomi selatan tanah air terutama di wilayah Iskandar membuka Sebanyak 50000 jawatan kosong dalam pelbagai sektor termasok lebih 10 ribu kekosongan professional di Johor. Di kawasan Iskandar Malaysia sahaja, terdapat 5,000 kekosongan kerja professional ditawarkan dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 15 ribu jawatan kosong jawatan professional pada tahun depan.

Sejumlah 29 ribu kerja lagi melibatkan pekerjaan asas dan selebihnya termasuk perkeranian, juruteknik, perkhidmatan, pertanian, operator loji dan lain lain. Menteri Besar berkata, orang awam khususnya orang Johor boleh memperoleh maklumat jawatan itu dengan melawati Karnival Kerjaya yang bakal datang ke semua daerah pada bulan April hingga penghujung tahun ini.Beliau berkata, Kepak adalah inisiatif kerajaan untuk memperbaiki level hidup penduduk dengan memberikan mereka kepada peluang perniagaan, kemahiran dan kerja.

Cara itu ialah usaha kerajaan membina sebuah masyarakat yang maju dan meraih gaji yang besar. Ia sebahagian daripada jalan perubahan tahap kehidupan yang lebih baik.Ini setaraf dengan agenda pembangunan sahsiah di bawah strategi ke 2 Bajet Johor 2012 iaitu menambah baik kualiti hidup orang yang bergaji kecil. Program yang akan dilangsungkan selama lima hari di setiap mukim akan mendatangi masyarakat dengan melawat dengan menyatukan jabatan dan agensi bersangkut-paut dengan kerjaya, keusahawanan dan majikan swasta dibawah satu bumbung.

Datuk Abdul Ghani Othman berkata, agenda ini akan memadankan pemburu jawatan kosong dengan syarikat yang mahukan pekerja dan temuduga secara terbuka akan dilakukan ketika program itu. Acara lain ketika karnival itu ialah registrasi program latihan & kemahiran, ujian kecekapan dan kemahiran, pameran peluang perniagaan, sesi perkongsian pengalaman, kaunter sokongan teknikal, pendaftaran syarikat dan pembiayaan modal serta demonstrasi perniagaan. Dengan cara ini, masyarakat boleh didedah serta dibandingkan dengan kemungkinan jawatan yang ada, mendapatkan peluang menjana pendapatan melalui bisnes kecil-kecilan serta memajukan kebolehan serta latihan semula.

Karnival sulung Kepak dijadual bagi daerah Johor Bahru serta Kulai Jaya pada 20 hingga 24 bulan April ini, diikuti di Kluang (Bulan 5), Mersing (Jun), Kota Tinggi (Julai), Segamat (Bulan 9), Batu Pahat (Bulan 10), Ledang serta Muar (Nov) serta akhir sekali Pontian (December).Abdul Ghani menambah, kerajaan negeri berharap bangsa Johor yang sedang memburu kerja & ingin meningkatkan keupayaan diri dengan skill serta peluang perniagaan tidak mensia-siakan peluang {untuk datang bazar tersebut.

Update Resume Untuk Persediaan Menghadapi Temuduga

Resume adalah  tools  penting yang ‘mempromosikan’ kemahiran , pendidikan, pengalaman dan kejayaan anda kepada bakal  majikan.

Malahan, resume yang dibuat dengan baik serta  lengkap mampu memberikan peluang anda untuk maju selangkah lagi dalam usaha pencarian kerja impian.

Elemen asas yang perlu disertakan dalam resume adalah;

Kepala (heading) – Nama, alamat penuh (terkini), nombor telefon dan emel.

Objektif – Objektif memberi tumpuan kepada resume anda dengan meletakkan jawatan yang anda inginkan, sama ada kategori pelatih, sementara atau sepenuh masa. Ia juga menunjukkan kecenderungan dan sasaran kerjaya peribadi anda.

Pendidikan – Mulakan dengan kelayakan akademik terkini termasuk nama kolej atau universiti, ijazah, bidang pengkhususan, tarikh tamat pengajian dan CGPA.

Kerja kursus berkaitan – Kursus pra atau pasca ijazah, kertas kajian, seminar dan projek berkaitan jenis kerjaya yang dicari.

Pengalaman – Gunakan frasa pendek (bukan ayat) untuk menekankan pengalaman bekerja dan kemahiran digunakan secara dinamik. Sertakan pengalaman termasuk sebagai pelatih, guru sementara, kerja klinikal, sukarelawan dan projek kajian.

Lain-lain kategori – Sijil, anugerah, penghargaan, kemahiran berbahasa, tahap literasi komputer, aktiviti luar, kekuatan peribadi, kemahiran teknikal, keahlian profesional, penerbitan.

Rujukan – Jangan senaraikan nama rujukan secara individu pada resume anda. Buat senarai rujukan di muka surat baru, sebelum itu dapatkan kebenaran daripada individu terbabit untuk menggunakan mereka sebagai rujukan anda.

Anda boleh muat turun contoh resume melalui laman web PeopleSoft Resume secara percuma,  klik sini.

Panduan Menghadapi Temuduga

Setelah puas mencari kerja yang sesuai dan menunggu selama berbulan-bulan, akhirnya anda dipanggil menghadiri temuduga. Inilah masanya anda berdepan dengan bakal majikan dan ‘menjual’ segala pengalaman, kemahiran, semangat dan kesungguhan yang ada pada diri anda.

Masalahnya, anda hanya mempunyai 15 atau 20 minit untuk meyakinkan majikan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang mereka mahukan daripada anda.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat untuk membantu anda mengharungi temuduga dengan yakin.

Kajian – Lakukan sedikit kajian latar belakang syarikat (lokasi, laman web, jenis industri, perkhidmatan ditawarkan) waktu bekerja, bidang tugas.

Berlatih – Dapat bantuan untuk berlatih di rumah dengan kuat untuk meningkatkan keyakinan diri, perbaiki percakapan supaya lebih jelas, tepat dan tidak gementar semasa temuduga sebenar.

Berpakaian kemas – Tanggapan pertama majikan terhadap anda adalah sangat penting. Jika temuduga anda untuk kerja pejabat, pilihan terbaik adalah memakai sut konservatif berwarna gelap (lelaki dan wanita). Jika kod pakaiannya lebih kasual (kilang atau tapak pembinaan) pakai sepasang seluar ‘slek’ dan kemeja berkolar dan tali leher. Sementara wanita, gaun, blaus, seluar atau skirt yang sopan. Tetapi, elak barang kemas terlalu sarat, minyak wangi kuat atau pakaian ranggi.

Bertanya soalan – Jangan cuba mengambil alih tugas sebagai penemuduga, sebaliknya gunakan kajian anda tadi untuk bertanya beberapa soalan tambahan mengenai perniagaan, jawatan, ciri kelayakan dan apa diharapkan daripada calon yang mengisi posisi itu kelak.

Nota Terima Kasih – Pastikan anda meluahkan penghargaan kepada pihak majikan kerana memberi anda peluang ditemuduga. Sejurus selepas temuduga, hantarkan nota (kad/surat) mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa menemui anda.

Kesimpulannya, anda perlu ingat tiga perkara penting sebelum menghadiri temuduga yang bakal mencorakkan kerjaya masa depan anda iaitu; bersedia, profesional dan bersopan untuk memberi tanggapan yang tepat mengenai potensi diri anda.

Cadangan Kerja 6 Jam Disambut Baik Kementerian

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga  & Masyarakat menyambut baik cadangan kerajaan untuk melaksanakan sistem waktu bekerja selama enam jam sehari bagi penjawat awam di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani berkata, kementerian menyokong penuh cadangan Kongres Ke­satuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu, malah cadangan itu dilihat bersesuaian, terutama bagi kakitangan awam wanita yang sudah berkeluarga.

Menurutnya, kementerian sendiri te­lah melaksanakan kaedah waktu kerja anjal sejak dua tahun lalu bagi memberi kelonggaran kepada kakitangan kementerian yang telah berkeluarga untuk mendapat kesesuaian masa.

Bagaimanapun, kementerian tidak boleh bersendirian merealisasikan cadangan tersebut ke­rana apabila ramai yang menyokong cadangan itu, ia dilihat mendapat sambutan dan kami bersedia bekerjasama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung MTUC, N. Gopal Kisham yang meminta kerajaan menimbang untuk mengurangkan waktu bekerja penjawat awam di negara ini.

Kenyataan itu mendapat maklum balas daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang menyatakan bahawa kerajaan bersedia mengkaji cadangan tersebut.

Menurut Rohani, terdapat tugasan di pejabat yang tidak perlu dilakukan di pejabat, ditambah dengan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) pada masa sekarang.

Apa yang penting, kerja tersebut dapat disiapkan mengikut kualiti yang ditetapkan serta tidak lari daripada kehendak majikan. Contohnya seperti penterjemah buku, mereka tidak perlu berada di pejabat kerana tugasan itu boleh dilakukan di mana-mana.

Katanya, sistem waktu kerja anjal yang dilaksanakan di kementeriannya setakat ini memberi banyak manfaat kepada kakitangan kementerian berkenaan kerana ia bersifat fleksibel, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni dan berkualiti.

Bagi yang masuk bekerja pada pukul 10 pagi, mereka boleh terlebih dahulu menguruskan rumah dan anak-anak sebelum masuk ke pejabat dan pulang pada pukul 6 petang. Jadi mereka dapat seimbangkan antara kerja dan keluarga.

Dapatkan update terkini jawatan kosong kerajaan di JawatanKosong.Online.

Konsep Kerja Dari Rumah – Rakyat Malaysia Mesti Bersedia

Rakyat Malaysia mesti bersedia menuju konsep berkerja dari rumah selari dengan perkembangan teknologi yang pesat pada masa kini.

Berkerja dari rumah merupakan satu manfaat kepada generasi baru, yang memberikan keutamaan kepada gaji yang tinggi disebabkan keinginan mereka untuk mengintegrasikan kerja dan kehidupan mereka.

Kita perlu bersedia untuk ke arah itu kerana jika di luar negara seperti di Amerika Syarikat, kebanyakannya telah pun beralih menggunakan ke sistem online namun di Malaysia, kita masih belum mempunyai banyak sistem online atau atas talian, kita masih lagi membina untuk ke arah itu.

IDeX 2015 yang mempunyai tema ‘The Future is Now’ menyediakan platfom kepada sektor swasta  dan awam dalam berkongsi pengalaman dan idea bagi menjajar hala tuju sistem teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT negara dalam rangka menyokong fokus untuk proses transformasi digital negara Malaysia.

Generasi “Anywhere Worker” pada masa ini menuju kepada “work & life integration” di mana pekerja dapat menyatukan kehidupan profesional dan peribadi dengan melakukan kerja dari rumah.

Kita seharusnya mengambil peluang ini dengan segera kerana semua lapisan rakyat pada masa akan datang akan mengoptimasikan penggunaan teknologi sebagai satu sistem penyampai mahupun perkhidmatan.

Jadi, semua urusan akan berlaku di atas talian dan jika dilihat pada masa ini dan juga pada masa akan datang, lebih ramai yang akan mula berkerja di rumah dan tidak lagi berkerja di pejabat.

Menurutnya lagi, dilaporkan ketika ini seramai 30 juta rakyat AS berkerja dari rumah sekurang-kurangnya satu kali dalam setiap minggu. Daripada data yang diperoleh,  ia meningkat sebanyak 63 peratus di dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Ditanya tentang betapa pentingnya IDeX, Zabidi mengatakan pendedahan kepada sistem teknologi baru yang sedang berkembang pesat dan digunakan di dunia mesti digunakan dengan sebaik mungkin oleh setiap lapisan masyarakat kini.

Semua pekerja sektor awam serta masyarakat umum mesti membuka minda berhubung dengan perkembangan teknologi pada masa ini dan pada masa akan datang kerana ianya merupakan satu hakikat yang mana suka atau tidak perkembangan teknologi akan terus berkembang.