Konsep Kerja Dari Rumah – Rakyat Malaysia Mesti Bersedia

Rakyat Malaysia mesti bersedia menuju konsep berkerja dari rumah selari dengan perkembangan teknologi yang pesat pada masa kini.

Berkerja dari rumah merupakan satu manfaat kepada generasi baru, yang memberikan keutamaan kepada gaji yang tinggi disebabkan keinginan mereka untuk mengintegrasikan kerja dan kehidupan mereka.

Kita perlu bersedia untuk ke arah itu kerana jika di luar negara seperti di Amerika Syarikat, kebanyakannya telah pun beralih menggunakan ke sistem online namun di Malaysia, kita masih belum mempunyai banyak sistem online atau atas talian, kita masih lagi membina untuk ke arah itu.

IDeX 2015 yang mempunyai tema ‘The Future is Now’ menyediakan platfom kepada sektor swasta  dan awam dalam berkongsi pengalaman dan idea bagi menjajar hala tuju sistem teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT negara dalam rangka menyokong fokus untuk proses transformasi digital negara Malaysia.

Generasi “Anywhere Worker” pada masa ini menuju kepada “work & life integration” di mana pekerja dapat menyatukan kehidupan profesional dan peribadi dengan melakukan kerja dari rumah.

Kita seharusnya mengambil peluang ini dengan segera kerana semua lapisan rakyat pada masa akan datang akan mengoptimasikan penggunaan teknologi sebagai satu sistem penyampai mahupun perkhidmatan.

Jadi, semua urusan akan berlaku di atas talian dan jika dilihat pada masa ini dan juga pada masa akan datang, lebih ramai yang akan mula berkerja di rumah dan tidak lagi berkerja di pejabat.

Menurutnya lagi, dilaporkan ketika ini seramai 30 juta rakyat AS berkerja dari rumah sekurang-kurangnya satu kali dalam setiap minggu. Daripada data yang diperoleh,  ia meningkat sebanyak 63 peratus di dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Ditanya tentang betapa pentingnya IDeX, Zabidi mengatakan pendedahan kepada sistem teknologi baru yang sedang berkembang pesat dan digunakan di dunia mesti digunakan dengan sebaik mungkin oleh setiap lapisan masyarakat kini.

Semua pekerja sektor awam serta masyarakat umum mesti membuka minda berhubung dengan perkembangan teknologi pada masa ini dan pada masa akan datang kerana ianya merupakan satu hakikat yang mana suka atau tidak perkembangan teknologi akan terus berkembang.